Saturday, May 16, 2009

Banjir kat Benawa


Sebelum ni pun org2 kampung bagitau, area ni selalu kena banjir. aku tak amik port pon bila diaorg cite2 pasal banjir tapi satu pagi bila aku bangun dari tidur, terkejut beruk tgk tiba2 depan rumah aku dah jadi cam laut dalam satu malam jek. trus packing2 brg, standby takut2 air makin naik. seronok gak ar pasal first time dlm idup kayuh perahu nak gi bangunan sekolah, petang bleh jadi mambang air, pancing2. yg tak best plak diaorg ckp kat belakang sekolah ada paya and dlm paya tu ada buaya. so time2 banjir ni kadang2 dia kluar gak. anyway..aku pakai baju kemeja and shorts ke sekolah pasal GB aku ckp aku kena kreatif and in the same time kena profesional. rase cam dalam filem jumanji lak

Gathering in Miri



pas dua minggu masuk sekolah, kitaorg decide kena cari gak hiburan. kalau tak, mati ar. tanpa plan dan tanpa kewangan yang kukuh, kitaorg mengagahkan diri ke miri. best gak ar jenjalan kat miri tu especially kedai2 souvenir and malam town ni bleh kira hidup la. lepak2 sampai 2-3 pagi pon boleh pasal kedai2 kat sini niaga sampai pagi.

p/s: dzull, anak tokey kedai handicraft dalam gambar tu cun woo..kayan mix ngan cina.

International Regata Baram 2008



Pesta Air peringkat antarabangsa ni dianjurkan setiap 3 tahun sekali. Pesta ni ada sejarah dia. Dulu, kaum2 kat area ni selalu berperang antara satu sama lain. sebab dah fed up kot, diaorg pon wat la satu sukan air; lumba perahu untuk ganti habit berperang mereka tu. tp yang x bestnya, bila pesta ni dianjurkan, semua org dari hulu2 tu akan turun dan menyebabkan kitaorg yang kat hilir ni x leh dah nak naik bot express yang penuh tu. last2 kena pakai perahu panjang gak nak turun ke marudi. yg syoknya, diaorg ni ada macam2 aktiviti. contohnya; baram beauty contest, pesta sape, lumba jet ski, perahu panjang dan cam2 lagi.

04/08/2008


hari pertama lapor diri kat sekolah. satu kampung kluar tgk aku ngan escort2 (orang medical) sampai. budak2 siap berebut bawak beg pegi sekolah. tp yang tak bestnya org2 kampung ingat aku askar pasal pakai beg camo meanwhile org2 kat sekolah plak pikir aku ni doktor gigi pasal aku datang skali ngan orang medical.

03/08/2008


Taklimat kat PPD telah mendedahkan bahawa kitaorg ni dengan jayanya telah dilantik sebagai guru p1,p2 dan p3. aku dapat kg.benawa (kategori p1) yang jauhnya dalam 1 jam setengah dari pekan marudi. kampung ni hanya boleh dimasuki ngan kenderaan air (bot). nilah kampung islam terakhir sebelum masuk lagi ke hulu Baram. yang paling jauh dalam ramai2 kitaorg ialah asrul (budak kelantan) yang dpt sk long moh (dah dekat ngan sempadan malaysia-indonesia). pas taklimat tu, kitaorg pon bersembang2 utk cover hati berdebar masing2

02/08/2008


Memang dah rasa pelik bila 14 orang je yang dihantar ke daerah ni. Semua lelaki plak tu. Sampai2 jek kat pekan Marudi tu, terus check in kat hotel yang disponsor oleh PPD Baram. Pekan yang ala-ala koboi ni memang takde night life langsung. Kedai tutup around 8-9 pm. Rasanya kitaorg je kot yg cam orang gila jenjalan kat tengah2 town ni around 11pm.

01/08/2008



first time kaki ni pijak bumi Borneo. Miri, Sarawak to be exact. Ingatkan posting kat town Miri, rupa2nya masuk ke dalam daerah Baram (home of several indigenous tribes; Kayan, Kiput, Kenyah, Kelabit, Saban, Berawan, Kelabit, Penan dan banyak lagi). Primary mode of transportation kat sini ialah bot express, perahu panjang dan sampan. Pekan pentadbiran daerah Baram ni namanya Marudi; 3 jam daripada Miri. Kena naik bot express cam dalam gambar.