Friday, July 24, 2009

Kundasang....kan ku transfer kepadamu..

aku suka giler ngan gambar ni pasal

1) gambar ni ialah gambar area kundasang; tempat aku suka pergi
2) gambar ni ada muka org2 yang aku suka lepak
3) gambar ni buatkan aku jealous pasal selalu ingatkan member2 yg hepi beramai2 kat sabah and in the same time, aku plak dok sensorang kat sarawak..tttuuuttt nyer kpm...pasal kaulah aku sensorang kat sini

walau aperpun..kan ku transfer kepadamu kundasang, after ku dah konform sebagai dg41..hehe..cam ckp ngan awek la plak...

Kantoi Giler..

huhu..gambar ni diambil time 'prep' malam untuk budak asrama..budak tahun 1 ni namanya maxwell tapi glamer ngan nama 'ting tong'. dia bantai tidur dari mula sampai nak abis prep walaupon aku sebagai warden yg berdedikasi; baling getah pemadam, kertas gumpal, dan set tv..eh bukan.. kat dia. bila kena kejut and disuruh basuh muka, dengan selambanya dia berkata; 'mana ada saya tido, cikgu'. well, tahun 1, masih tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi..hehe..

Dzull's Blondes vs Aizu's Blondes

ari tu, zul berlagak ngan aku pasal dia ada three blondes kat sekolah dia..ha ni dia the blondes kat sekolah aku zul..boleh la kot on par ngan kau nyer blondes dari segi IQ..hehe...

Sepuluh Budak 'Hitam'

dengan sakit hatinya, mempersembahkan sepuluh budak 'hitam' . utk pengetahuan semua, inilah sepuluh org budak dari kelas tahun 2 yg famous dengan kebisingannya, ke'gangster'annya, ke'tidaktakutan' pada cikgu disiplin (cikgu din) bahkan pada GB. Pengalaman ajar geng2 ni tahun lepas membuatkan aku telah mengubah methodology pengajaran. tak guna jerit cam org gila or tinggikan suara ngan diaorg ni pasal; tak sampai 5 minit pastu, diaorg akan dtg dan tegur cikgu sambil purak2 cam takde apa2 berlaku. cr yg paling best, ckp dengan nada yg paling rendah+sopan dan biarkan tangan berpedangkan 'samurai' (rotan) anda yang melakukan kerja...selamat mencuba di sekolah sendiri...

Sit In yang Terbarai


dah lupa minggu yang mana kejadian ni berlaku..tapi yg aku pasti time tu, cikgu tinggal 5 orang jek kat sekolah pasal yg lain2 ada kursus, kelas pjj, meeting etc. aku kena sit in tahun 2 ngan tahun 3. gambar di atas ialah budak2 tahun 3 (3 laki, 5 pompuan) manakala gambar kat bawah ialah budak2 tahun 2 (10 org..semua pompuan). bandingkan dua gambar tu..sapa ckp budak pompuan lagi senang utk dikontrol..huh..


Story Telling Competition

buat story telling competition awal bulan hari tu..aku pon tak sure cara pengendalian dia pasal cikgu BI lama kat situ ckp inter-class punye competition. in the end, result dia

tempat pertama-budak tahun 2
tempat kedua -budak tahun 3
tempat ketiga -budak tahun 6

aku pun tak sure camne budak tahun 6 boleh kalah ngan budak tahu 2..hmmmm...

Kisah Guru Muzik Tahun 1

Tahun ni, jadual waktu aku boleh kira sebagai pelik disebabkan kehadiran pentadbir baru yg mengikut kepalanya; setiap cikgu adalah multipurpose teacher. Kalau dalam askar tu G.I. la (general infantry @ askar am). Maksudnya kat sini, kepakaran cikgu tu tak diambil kira. contohnya, aku ada degree teyl untuk ajar BI tapi at the same time, degree aku takda guna pasal aku ajar BI 12 waktu je seminggu daripada 30 waktu. yg lain2 aku ajar pendidikan moral, pendidikan seni dan paling best muzik untuk tahun 1 & tahun 3. disebabkan aku ni buta muzik, main belasah je ajar and buat2 pandai. yg paling best, ajar muzik tahun 1. alkisahnya satu hari, aku plan nak ajar budak menyanyi sambil menari. lagu yg dicadangkan ialah 'lagu tiga kupang'..korang mesti tau kan. aku pon pasang la muzik pakai laptop dan suruh budak berdiri. sampai part menari tu, aku mati kutu sebab tak pernah menari. dengan geniusnya, budak laki yg berdiri kat tengah2 dalam gambar tu pon berkata; 'cikgu, saya tau macam mana tarian lagu ni'. aku pon ckp; 'tunjuklah'. dengan bangganya, budak tu pon menari....shuffle..... ngan otak yg tiba2 blank, aku pon ckp kat budak2 yg lain; 'ha, kamu org tiru cara 'ting tong' menari ('ting tong' tu nama budak laki tadi). apa yang terjadi ialah; sepanjang 2 period muzik aku tu budak2 sibuk menari shuffle sambil diperhatikan oleh GB dari luar kelas yg mengelengkan kepalanya berkali2...Wallah'hualam.

Friday, June 26, 2009

Bahpak Bohsan!




This time around, kat area Baram ni, hujan dah lama tak turun. supply air makin kurang dan possibility untuk mandi sungai makin cerah. time2 cam ni la rase cam nak mintak ngan doraemon 'paip ajaib' dia tu yg kalau cucuk kat mana2 tanah terus keluar air walaupun cam x logik jek idea tu. kerja masih kena jalan walau ape pun yg kau ckp. diktator2 kat sini masih sesuka hati keluar meninggalkan aku bersama2 budak2 yg dah panas cam ayam golek ni. sebagai warden, aku try ckp ngan dia supaya gunakan enjin pam untuk pam air masuk ke tangki sekolah tp dia ckp nanti enjin rosak kalau kita guna wat pam air..ting2..tiba jek aku rase cam nak tanya soalan bodoh ni kat dia..apa guna enjin pam kalau bukannya untuk pam air..pam tanah? pam pokok? pam bola? apam balik? man apom?..tp in the end..aku still kalah kerana tak faham bahasa apa yg dia ckp..

Saturday, May 16, 2009

Banjir kat Benawa


Sebelum ni pun org2 kampung bagitau, area ni selalu kena banjir. aku tak amik port pon bila diaorg cite2 pasal banjir tapi satu pagi bila aku bangun dari tidur, terkejut beruk tgk tiba2 depan rumah aku dah jadi cam laut dalam satu malam jek. trus packing2 brg, standby takut2 air makin naik. seronok gak ar pasal first time dlm idup kayuh perahu nak gi bangunan sekolah, petang bleh jadi mambang air, pancing2. yg tak best plak diaorg ckp kat belakang sekolah ada paya and dlm paya tu ada buaya. so time2 banjir ni kadang2 dia kluar gak. anyway..aku pakai baju kemeja and shorts ke sekolah pasal GB aku ckp aku kena kreatif and in the same time kena profesional. rase cam dalam filem jumanji lak

Gathering in Miri



pas dua minggu masuk sekolah, kitaorg decide kena cari gak hiburan. kalau tak, mati ar. tanpa plan dan tanpa kewangan yang kukuh, kitaorg mengagahkan diri ke miri. best gak ar jenjalan kat miri tu especially kedai2 souvenir and malam town ni bleh kira hidup la. lepak2 sampai 2-3 pagi pon boleh pasal kedai2 kat sini niaga sampai pagi.

p/s: dzull, anak tokey kedai handicraft dalam gambar tu cun woo..kayan mix ngan cina.

International Regata Baram 2008



Pesta Air peringkat antarabangsa ni dianjurkan setiap 3 tahun sekali. Pesta ni ada sejarah dia. Dulu, kaum2 kat area ni selalu berperang antara satu sama lain. sebab dah fed up kot, diaorg pon wat la satu sukan air; lumba perahu untuk ganti habit berperang mereka tu. tp yang x bestnya, bila pesta ni dianjurkan, semua org dari hulu2 tu akan turun dan menyebabkan kitaorg yang kat hilir ni x leh dah nak naik bot express yang penuh tu. last2 kena pakai perahu panjang gak nak turun ke marudi. yg syoknya, diaorg ni ada macam2 aktiviti. contohnya; baram beauty contest, pesta sape, lumba jet ski, perahu panjang dan cam2 lagi.

04/08/2008


hari pertama lapor diri kat sekolah. satu kampung kluar tgk aku ngan escort2 (orang medical) sampai. budak2 siap berebut bawak beg pegi sekolah. tp yang tak bestnya org2 kampung ingat aku askar pasal pakai beg camo meanwhile org2 kat sekolah plak pikir aku ni doktor gigi pasal aku datang skali ngan orang medical.

03/08/2008


Taklimat kat PPD telah mendedahkan bahawa kitaorg ni dengan jayanya telah dilantik sebagai guru p1,p2 dan p3. aku dapat kg.benawa (kategori p1) yang jauhnya dalam 1 jam setengah dari pekan marudi. kampung ni hanya boleh dimasuki ngan kenderaan air (bot). nilah kampung islam terakhir sebelum masuk lagi ke hulu Baram. yang paling jauh dalam ramai2 kitaorg ialah asrul (budak kelantan) yang dpt sk long moh (dah dekat ngan sempadan malaysia-indonesia). pas taklimat tu, kitaorg pon bersembang2 utk cover hati berdebar masing2

02/08/2008


Memang dah rasa pelik bila 14 orang je yang dihantar ke daerah ni. Semua lelaki plak tu. Sampai2 jek kat pekan Marudi tu, terus check in kat hotel yang disponsor oleh PPD Baram. Pekan yang ala-ala koboi ni memang takde night life langsung. Kedai tutup around 8-9 pm. Rasanya kitaorg je kot yg cam orang gila jenjalan kat tengah2 town ni around 11pm.

01/08/2008



first time kaki ni pijak bumi Borneo. Miri, Sarawak to be exact. Ingatkan posting kat town Miri, rupa2nya masuk ke dalam daerah Baram (home of several indigenous tribes; Kayan, Kiput, Kenyah, Kelabit, Saban, Berawan, Kelabit, Penan dan banyak lagi). Primary mode of transportation kat sini ialah bot express, perahu panjang dan sampan. Pekan pentadbiran daerah Baram ni namanya Marudi; 3 jam daripada Miri. Kena naik bot express cam dalam gambar.